Friday, 30 November 2012

tindak balas habbatus sauda'

0 comments

Di bawah ni disenaraikan beberapa tindak balas yang mungkin berlaku apabila kita mengambil habbatus sauda'

1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)

2. Demam (Masalah usus kecil / besar)

3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)

4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)

5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)

6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)

7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)

8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)

9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)

11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)

12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)

13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)

14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)

15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)


credit

Wednesday, 21 November 2012

Pengambilan dos Habbatus sauda' dan Zaitun

0 comments
Berapa dos yang perlu kita ambil untuk habbatus sauda' dan zaitun?

Sebenarnya, tiada specific dose yang perlu kita ambil. Saya ambil pendekatan yang mudah
iaitu "kekal" atau "continuos" based on hadis Nabi Muhammad, "kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya penawar bagi semua penyakit kecuali mati." 

Jadi, minimum ambil sebiji pon cukup asalkan berterusan, kekal, istiqamah. Sebiji habbatus sauda' dan zaitun oleh pengeluaran Minsyam adalah 500mg. Jadi cadangan pengambilan habbatus sauda' dan zaitun adalah 2 biji softgel setiap hari.Habbatus sauda' dan zaitun bukan ubat tetapi supplement. 

Jika anda yang sedang diuji Allah dengan apa jua penyakit, saya galakkan ambil habbatus sauda' dan zaitun berterusan dan kekal mengamalkan. Kita usaha selebihnya tawakal kepada Allah. Bagi yang sihat, boleh amalkan walaupun hanya sebiji setiap hari dan kekal berterusan mengamalkan.




the story behind d habbatus sauda' n olive oil

0 comments
Ramai yang bertanya mengapa saya memilih habbatus sauda' dan zaitun sebagai supplement harian saya. Secara jujurnya, sebelum ini saya tidak istiqamah dalam pengambilan habbatus sauda', zaitun, madu dalam daily life saya. Kalau pergi dapur tu, ternampak habbatus sauda', zaitun atau madu baru saya makan. Kalau dah habis, tunggu bila kakak atau abang saya beli dan bawa balik habbatus sauda' dan madu. Itu pun, saya tidak konsisten ambil.

Pada mulanya saya kurang yakin dengan pemakanan sunnah ni. Tambahan pula, waktu itu, habbatus sauda' di rumah adalah yang berbentuk biji2 hitam (yang pure punya), jadi apabila makan, saya rase kelat2, ada rasa mint. Jadi saya kurang gemarkannya dan saya pernah terfikir, mengapa tidak ada habbatus sauda' dalam bentuk pil atau softgel seperti vitamin2 yang saya ambil pada waktu itu.

Alhamdulillah. Allah temukan saya dengan Habbatus sauda' Minsyam dan Zaitun Minsyam melalui daripada pengaruh keluarga saya. Saya buat rujukan sikit, go through sikit2 jurnal2  perubatan, dapatkan bukti2 kajian lepas (yang lama dan the latest) dan guidance daripada hadis Nabi...:)

Sabda Nabi saw,"Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku dan manusia beramal dengannya, maka baginya pahala seperti mereka yang mengamalkannya tanpa mengurangkan pahala pelakunya sedikit pun."

Nabi SAW bersabda, "kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (riwayat Bukhari)


Nabi S.A.W bersabda :
"makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati."

Jadi, kita kena yakin dengan sunnah Nabi SAW ni. Jika Nabi sudah mengiktiraf habbatus sauda' dan zaitun apatah lagi kajian2 empirikal daripada perubatan moden dan lain2 terhadap habbatus sauda' dan zaitun.

Betulkan niat kita (peringatan utk saya juga).Kita bukan saja dapat ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, badan pun turut sihat sejahtera. In Shaa Allah.

Simple like alif ba ta 123 abc! ;-)



Tuesday, 20 November 2012

Habbatus Sauda', Zaitun baik untuk Wanita dan Ibu Hamil

0 comments

Pandangan Prof Dato Dr. Hamid Arshat , Pakar Sakit Puan mengenai penggunaan Habbatus Sauda' dan Minyak Zaitun kepada wanita dan untuk wanita hamil juga :

"...saya juga beri habbatus sauda untuk mengurangkan dan meredakan sedikit kesakitan dan meningkatkan peluang untuk hamil. Malah saya telah dapat mengurangkan kadar keguguran pada mereka yang terancam gugur, yang selalu gugur semasa mengandung, jadi bila dia datang lagi jumpa saya untuk mencegah melakukan keguguran dan daripada kandungan sekarang ni, di antara suplement-suplement yang saya berikan disamping vitamin, saya berikan habbatus sauda dan saya dapati kadar keguguran dengan begitu significantly. Jadi maknanya ini dapat meningkatkan kesuburan wanita untuk menjayakan kandungan tanpa gugur...."

"..Ada setengah orang takut untuk makan habbatus sauda waktu hamil kerana, yelah maklumlah setengah penggeluar selalu menyatakan, kalau hamil jangan makan ubat ini, kerana dia tak tahu apa kesan dia tapi saya dah dapati ia menolong kehamilan sebenamya.

Bagi mereka yang putus haid pon saya bagi kerana ramai yang mengalami masalah-masalah putus haid, jadi dengan pengambilan olive oil dan habbatus sauda ini mereka dapat mengurangkan symptom- symptom atau keluhan-keluhan gejala lepas putus haid..." 

Habbatus Sauda' , Zaitun bagus n selamat utk Wanita, Ibu Hamil....

1 comments

Pandangan Prof Dato Dr. Hamid Arshat mengenai penggunaan Habbatus Sauda' dan Olive Oil 
kepada wanita dan untuk wanita hamil juga :

"...saya juga beri habbatus sauda untuk mengurangkan dan meredakan sedikit kesakitan dan meningkatkan peluang untuk hamil. Malah saya telah dapat mengurangkan kadar keguguran pada mereka yang terancam gugur, yang selalu gugur semasa mengandung, jadi bila dia datang lagi jumpa saya untuk mencegah melakukan keguguran dan daripada kandungan sekarang ni, di antara suplement-suplement yang saya berikan disamping vitamin, saya berikan habbatus sauda dan saya dapati kadar keguguran dengan begitu significantly. Jadi maknanya ini dapat meningkatkan kesuburan wanita untuk menjayakan kandungan tanpa gugur...."

"..Ada setengah orang takut untuk makan habbatus sauda waktu hamil kerana, yelah maklumlah setengah penggeluar selalu menyatakan, kalau hamil jangan makan ubat ini, kerana dia tak tahu apa kesan dia tapi saya dah dapati ia menolong kehamilan sebenamya.

Bagi mereka yang putus haid pon saya bagi kerana ramai yang mengalami masalah-masalah putus haid, jadi dengan pengambilan olive oil dan habbatus sauda ini mereka dapat mengurangkan symptom- symptom atau keluhan-keluhan gejala lepas putus haid..." 

Khasiat Zaitun yang perlu kita TAHU

0 comments

* Mengurangkan kadar kolestrol
* Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
* Anti-oksidan dan anti-kanser
* Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik - (khasnya bagi kanak-kanak)
* Membekal vitamin E yang tinggi
* Kecantikan (kulit dan rambut)
* Kestabilan asid lemak
* Membekal pelbagai vitamin untuk anti-penuaan
* Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian


Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol 
(kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. 

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit. Nabi S.A.W bersabda :
"makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati."

“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri. 

Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti kurma, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada semua ummah.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Ianya tumbuh hanya di kawasan Mediteranean dan sekitar 3 meter tingginya sahaja. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D. E. K dan zat besi.

Kajian – kajian sains moden telah mengiktiraf khasiat buah zaitun sebagai mempunyai nilai yang tinggi yang berkhasiat dalam bidang perubatan. Ia mempunyai berbagai kelebihan jika diambil sebagai makanan kerana ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Dan sebagai sebagai sapuan luaran, ia bertindak pengubat bagi penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis dan dapat melembutkan dan melembapkan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa Minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun and mengeluarkan cacing.







Kenapa Memilih Habbatus Sauda' n Zaitun MINSYAM?

0 comments


Minyak Habbatus Sauda' dan Zaitun keluaran Minsyam diperoleh melalui teknik perahan sejuk atau cold pressed. Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25darjah selsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah).

Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contohnya, sekiranya 1kg biji habbatus sauda di perah teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda.

Tetapi sekiranya menggunakan perahan sejuk, hanya 150g minyak habbatus sauda yang boleh dihasilkan. Jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan berbanding perahan panas yang berwarna hitam. 

Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap dan tidak lagi berkhasiat. 

Sehubungan itu,Produk Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan Minyak Habbatus Sauda Emas ( Gold Habbatus Sauda). Buat masa ini,Minyak Habbatus Sauda Emas perahan sejuk hanya boleh diperolehi melalui jenama MINSYAM sahaja.

Kedua2 produk ini menggunakan kaedah teknik perahan sejuk. Jadi, metod perolehan minyak bagi kedua2nya adalah sama.

Walaupun kos minyak ini adalah mahal, Minsyam hanya meningkatkan harga RM12 (20 biji) tetapi dengan khasiat dan mutu yang lebih baik. Sehubungan itu kami memberi peluang kepada pengguna minyak habbatus sauda agar membuat pilihan yang bijak dengan mendapat produk yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan. :)


habbatus sauda', warna nya seperti gold dan tidak bewarna hitam seperti habbatus sauda' yang diperoleh dgn menggunakan kaedah selain teknik perahan sejuk (pencahayaan drpd kamera)

 minyak zaitun atau olive oil Minsyam melalui teknik perahan sejuk.


Khasiat Habbatus Sauda' yang perlu kita TAHU

0 comments

ANTARA KHASIAT HABBATUS SAUDA :


* Meningkatkan sistem ketahanan badan
* Melancarkan pengeluaran angin
* Mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit
* Mengurangkan pertumbuhan uban
* Menurunkan paras kolesterol
* Mengurangkan risiko sakit jantung
* Memusnahkan sel tumor dan menurunkan risiko pertumbuhan tumor
* Mencegah dan merawat kanser payu dara
* Merendahkan paras gula dalam darah
* Penawar bagi Rheumatism dan anti radang
* Mengurangkan simpton penyakit asma
* Mengurangkan kemurungan
* Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
* Mengurangkan migrain
* Mengatasi sembelit
* Mengatasi keputihan
* Dan banyak lagi..
* Amalan berterusan boleh menjadi penawar bagi penyakit kronik

Kajian Perubatan Moden seluruh dunia telah mengiktiraf habbatus sauda' mengandungi ;
NIGELLON,MINERAL,SULFUR,PHOSPORUS,PROSPHATE,FAT PROTIEN,VITAMIN A & E. Juga mengandungi BAHAN MENENTANG VIRUS DAN KUMAN. Serta HORMON YANG LENGKAP UNTUK MENAMBAH KECERDASAN MENTAL DAN SEKSUAL.
Habbatus Sauda' juga dapat....

  • Menguatkan sistem ketahanan badan &menambah sel-sel dalam badan
  • Melancarkan sistem perjalanan darah &mengurangkan kolestrol dalam saluran darah
  • Menambah hormon bagi kecerdasan mental &seksual
  • Untuk mmerawat kesukaran bernafas,asma,radang paru-paru &batuk
  • (Kajian Universiti Iskandariah Mesir-78% pesakit telah sembuh dgn Habatus Sauda)
  • Menyingkir tumor (barah)
  • Memulihkan fungsi buah pinggang, hempedu, hati & jantung
  • Membersihkan perut, angin, menghancurkan gas, kahak & membakar lemak
  • Memulihkan mandul, mati pucuk & menambahkan keghairahan seks
  • Berupaya menyembuhkan kencing manis, darah tinggi, ghout, ulser, alahan, jaundis, haid tak teratur, senggugut, sakit puan, batu karang & sembelit, sengal-sengal, lenguh2, resdung, jerawat, gastrik & sakit perut, penyakit kulit dan lain-lain lagi. 
Bukti Kajian KEHEBATAN Habbatus Sauda' :
  • Antihistamine (pencegahan alahan)
  • Anticancer (pencegah kanser)
  • Antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
  • Antibiotic (pembunuh kuman)
  • Antimycotic (antikulat)
  • Bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
  • Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
  • Melancarkan keluarnya kencing
  • Memperlancarkan darah haid
  • Melancarkan pengeluaran susu
  • Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
  • Mengeluarkan angin dari perut
  • Menambah ghairah seks
  • Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
  • Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
  • Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
  • Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
  • Masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
  • Masalah tulang / sendiri - gaout, arthritis dan reumatima
  • Kencing manis
  • Alergi
  • Migrain dan banyak lagi....
RASULLULLAH S.A.W BERSABDA : 
"SESUNGGUHNYA AL-HABBATUS SAUDA 'BOLEH MENYEMBUH SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM" AKU BERTANYA "APAKAH AL-SAM ITU" ? BAGINDA MENJAWAB.. AL-SAM ITU IALAH MAUT"RIWAYAT IMAM BUKHARI






Monday, 12 November 2012

khasiat zaitun

0 comments

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. (baca sini)




Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi? 

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

 Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. 

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.


Banyak kajian yang dah dilakukan oleh orang-orang di luar sana sedangkan Nabi SAW telah lama bersabda, " Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati"  (riwayat Tirmizi)
:-)



habbatus sauda', seeds of blessing

0 comments
Nabi SAW bersabda, "kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (riwayat Bukhari)


Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.

Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.

Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER (baca sini) dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni. (baca sini)


Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.

Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.

Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis. (baca sini)

Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak. (baca sini)

BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?

Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;

+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)

+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat

+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh

+ Memperlambat proses penuan.

kenapa habbatus sauda'?

0 comments

Nabi SAW bersabda, "kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (riwayat Bukhari)

Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-


Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")


Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.


Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.


Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa. Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.

Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .

Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran urin dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk mencegah penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diarhea, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati. :-)

credit


zaitun

0 comments

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.



habbatussauda

0 comments

Pernah dengar HABBATUSSAUDA? Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.

Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.                                                                 credit

credit        
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putihmenjadi biji berwarna hitam.                                                                                    

Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.Ia digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak penulisan lama seperti Ibnu Sina (980 – 1037 M), Al Biruni (973 – 1048 M), Al Antiki, Ibnu Qayyum dan Al Baghdadi.




Thursday, 8 November 2012

feveret Nabi Muhammad SAW

0 comments
Makanan feveret Nabi Muhammad SAW.

1. Barli




2. Kurma


3.Buah tin

4. Anggur

5.Madu

6. Tembikai

7. Susu

8. Cendawan

9. Zaitun

10.Buah delima

11.Cuka

12. Air


 

living healthy with sunnah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template