Pernah dengar HABBATUSSAUDA? Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.
Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .
Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit. credit
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putihmenjadi biji berwarna hitam.
Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.Ia digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak penulisan lama seperti Ibnu Sina (980 – 1037 M), Al Biruni (973 – 1048 M), Al Antiki, Ibnu Qayyum dan Al Baghdadi.
0 comments:
Post a Comment