Tuesday, 20 November 2012

Kenapa Memilih Habbatus Sauda' n Zaitun MINSYAM?



Minyak Habbatus Sauda' dan Zaitun keluaran Minsyam diperoleh melalui teknik perahan sejuk atau cold pressed. Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25darjah selsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah).

Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contohnya, sekiranya 1kg biji habbatus sauda di perah teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda.

Tetapi sekiranya menggunakan perahan sejuk, hanya 150g minyak habbatus sauda yang boleh dihasilkan. Jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan berbanding perahan panas yang berwarna hitam. 

Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap dan tidak lagi berkhasiat. 

Sehubungan itu,Produk Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan Minyak Habbatus Sauda Emas ( Gold Habbatus Sauda). Buat masa ini,Minyak Habbatus Sauda Emas perahan sejuk hanya boleh diperolehi melalui jenama MINSYAM sahaja.

Kedua2 produk ini menggunakan kaedah teknik perahan sejuk. Jadi, metod perolehan minyak bagi kedua2nya adalah sama.

Walaupun kos minyak ini adalah mahal, Minsyam hanya meningkatkan harga RM12 (20 biji) tetapi dengan khasiat dan mutu yang lebih baik. Sehubungan itu kami memberi peluang kepada pengguna minyak habbatus sauda agar membuat pilihan yang bijak dengan mendapat produk yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan. :)


habbatus sauda', warna nya seperti gold dan tidak bewarna hitam seperti habbatus sauda' yang diperoleh dgn menggunakan kaedah selain teknik perahan sejuk (pencahayaan drpd kamera)

 minyak zaitun atau olive oil Minsyam melalui teknik perahan sejuk.


0 comments:

Post a Comment

 

living healthy with sunnah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template