Wednesday, 21 November 2012

the story behind d habbatus sauda' n olive oil

Ramai yang bertanya mengapa saya memilih habbatus sauda' dan zaitun sebagai supplement harian saya. Secara jujurnya, sebelum ini saya tidak istiqamah dalam pengambilan habbatus sauda', zaitun, madu dalam daily life saya. Kalau pergi dapur tu, ternampak habbatus sauda', zaitun atau madu baru saya makan. Kalau dah habis, tunggu bila kakak atau abang saya beli dan bawa balik habbatus sauda' dan madu. Itu pun, saya tidak konsisten ambil.

Pada mulanya saya kurang yakin dengan pemakanan sunnah ni. Tambahan pula, waktu itu, habbatus sauda' di rumah adalah yang berbentuk biji2 hitam (yang pure punya), jadi apabila makan, saya rase kelat2, ada rasa mint. Jadi saya kurang gemarkannya dan saya pernah terfikir, mengapa tidak ada habbatus sauda' dalam bentuk pil atau softgel seperti vitamin2 yang saya ambil pada waktu itu.

Alhamdulillah. Allah temukan saya dengan Habbatus sauda' Minsyam dan Zaitun Minsyam melalui daripada pengaruh keluarga saya. Saya buat rujukan sikit, go through sikit2 jurnal2  perubatan, dapatkan bukti2 kajian lepas (yang lama dan the latest) dan guidance daripada hadis Nabi...:)

Sabda Nabi saw,"Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku dan manusia beramal dengannya, maka baginya pahala seperti mereka yang mengamalkannya tanpa mengurangkan pahala pelakunya sedikit pun."

Nabi SAW bersabda, "kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (riwayat Bukhari)


Nabi S.A.W bersabda :
"makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati."

Jadi, kita kena yakin dengan sunnah Nabi SAW ni. Jika Nabi sudah mengiktiraf habbatus sauda' dan zaitun apatah lagi kajian2 empirikal daripada perubatan moden dan lain2 terhadap habbatus sauda' dan zaitun.

Betulkan niat kita (peringatan utk saya juga).Kita bukan saja dapat ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, badan pun turut sihat sejahtera. In Shaa Allah.

Simple like alif ba ta 123 abc! ;-)



0 comments:

Post a Comment

 

living healthy with sunnah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template