Saturday, 1 December 2012
tindak balas habbatus sauda' (2)
Habbatus sauda' tidak mempunyai"side effects" tetapi apabila kita mengambilnya, sesetengah individu akan mengalami tindakbalas seperti yang dinyatakan di bawah. Ini menunjukkan ransangan habbatus sauda' dalam tubuh badan kita yang mana habbatus sauda melakukan 'pembersihan racun-racun/toksik' dalam tubuh.
Proses "Tindak balas" adalah proses pengeluaran toksik yang terdapat dalam tubuh kita. Proses ini biasanya mengambil masa beberapa hari bergantung kepada kondisi badan kita. Terdapat juga beberapa individu yang terus merasakan tindak balas seperti di bawah ini serta merta apabila mengambil habbatus sauda'.
Apabila badan kita mengeluarkan toksik badan akan berasa sakit dan sengal2. Ia mengambil masa beberapa hari. Insha Allah selepas itu badan akan menjadi segar.Bagi yang menghidap penyakit2 yang berat atau kronik, memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh.
Tanda-tanda proses Detoxifikasi adalah:
1. Rasa sakit kepala terutama di belakang
2. Keluar penyakit kulit
3. Sakit pinggang
4. Batuk berdahak
5. Demam
6. Selsema (Jawa: mbeler)
7. Sakit kaki dari sendi
8. Muntah dan mual
Perlu diingat, Habbatus sauda' adalah bukan ubat tetapi ia adalah supplement yang boleh kita ambil dan amalkan setipa hari untuk kesihatan yang optimum.
Seperti dalam sabda Nabi SAW, "KEKALlah kamu dengan habbatus sauda' kerana baginya penawar bagi semua penyakit kecuali mati."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment