* Mengurangkan kadar kolestrol
* Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
* Anti-oksidan dan anti-kanser
* Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik - (khasnya bagi kanak-kanak)
* Membekal vitamin E yang tinggi
* Kecantikan (kulit dan rambut)
* Kestabilan asid lemak
* Membekal pelbagai vitamin untuk anti-penuaan
* Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.
Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol
(kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit. Nabi S.A.W bersabda :
"makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati."
“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri.
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti kurma, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada semua ummah.
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Ianya tumbuh hanya di kawasan Mediteranean dan sekitar 3 meter tingginya sahaja. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D. E. K dan zat besi.
Kajian – kajian sains moden telah mengiktiraf khasiat buah zaitun sebagai mempunyai nilai yang tinggi yang berkhasiat dalam bidang perubatan. Ia mempunyai berbagai kelebihan jika diambil sebagai makanan kerana ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Dan sebagai sebagai sapuan luaran, ia bertindak pengubat bagi penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis dan dapat melembutkan dan melembapkan kulit.
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa Minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun and mengeluarkan cacing.
0 comments:
Post a Comment